Tuesday, 24 April 2012

Amanah itu...

Assalamualaikum


Setelah sekian lama diri ini menghilang akhirnya dapat juga menulis pada hari ini. Kebelakangan ni memang agak sibuk dengan exam final yang semakin hampir, tapi jangan lupa pada tanggungjawab. Memang agak terkejar-kejar tapi rasa seronok. Sebab apa, sebab berjuang dalam hidup ni memang tak pernah terlepas dari ujian hidup.










Kadang-kadang kawan tanya apa yang sibuk sangatnya? Macam tak boleh nak duduk diam. Bukan tak nak duduk diam tapi kena tunaikan tanggungjawab yang dipikul. Tanggungjawab merupakan sesuatu yang perlu kita laksanakan. Senang kata amanah yang diberikan. Setiap manusia ada amanah masing2. Dan kita sebagai hambaNya juga mempunyai amanah.




Allah telah berfirman:


23:115. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?




Allah telah menyatakan bahawa kita sebagai manusia bukan hidup di dunia hanya untuk berseronok tetapi ada tujuannya.






51:56. Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.


2:30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".



Tujuan kita berada di muka bumi ini adalah supaya menyembah Allah yang menciptakan kita. Selain itu, kita merupakan khalifah yang sepatutnya memimpin bumi ini. Maka kita sepatutnya mengambil berat tentang amanah yang diberikan.


Kadang-kadang saya sendiri rasa berat dengan amanah yang diberikan.Diberikan jawatan yang memang kita tak minta. Tetapi ingatlah bahawa Allah mengetahui segala-galanya. Allah tahu kita mampu untuk pikul amanah tu. Banyakkan berdoa dan teruskan usaha untuk jadi yang lebih baik. InsyaAllah.









Pesanan untuk diri dan sahabat2.


Thursday, 29 March 2012

meeting

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, hari dapat meluangkan masa untuk menaip blog. Maklumlah, akhir2 ni sibuk sikit. Dengan kuiz, tutorial, lab dan jadi committee program. Tapi dalam masa yang sama, sesibuk mana pun, kalau ade ceramah ke, kena lah pergi. Hari tu, sempat lah meluangkan masa pergi talk dan pameran kat dewan. tentang Syiria.

Memang best la pergi pameran tu. Dapat la byk jugak info tentang apa yang berlaku di sana. Malam tadi pulak baru lepas tengok konsert amal. Ada kumpulan UNIC, Saujana dan Du'a. Memang best la kan pergi sana. Sebab apa? Sebab minat kat nasyid.

Sebenarnya hari nak kongsi tazkirah yang dapat masa meeting hari tu. Tazkirah tentang makanan. Kenapa makanan? Sebab saya jadi biro catering. Memang mantop la brother tu sebab boleh kaitkan tazkirah dengan skop kerja. Baguslah kalau macam tu. Memberi peringatan tentang apa yang kita nak lakukan.


Kalau kita nak makan, kita kena pastikan apa yang kita makan tu halal. Sebab apa, sebab nanti makanan tu jadi darah daging kita. Tapi, kalau kita tak sengaja, maknanya kita tak tahu pun makanan tu tak halal, tak pe. Kira tak sengaja. Tapi kita kena check dulu baru makan. Kalau makanan tu tak de tanda halal, better tak makan. Sebab kalau benda tu ragu-ragu, baik tinggalkan.

Kalau kita makan, jangan sampai jadi pembaziran. Contohnya, nampak makanan tu sedap, terus nak beli. Pastu nampak makanan lain pulak, terus beli. Maksudnya makan ikut nafsu la. Lagi pun kalau makan banyak ni nanti perut penuh. Pastu jadi malas. Malas nak solat. Malas nak buat kerja. Malas nak buat apa2. Yang bestnya, tidur. So, nak buat apa2 pun, kena fikir dulu.


Tu lah serba sedikit peringatan untuk semua. Ok lah, nak bersiap2 Dah nak pergi kelas pulak. Insyaallah, lain kali lebih bersemangat.



Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2.


Saturday, 17 March 2012


video

bismillahirrahmanirrahim....

antara lagu kesukaan saya
tentang sahabat             

Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah




Friday, 9 March 2012

exam tamat

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah... akhirnya exam mid sem dah habis. Lepas ni dah tak sabar2 nak tunggu result dari pensyarah2. Rasanye bukanlah ok sangat waktu jawab exam tapi rasa macam dah buat yang termampu. Insyaallah, ape pun result nanti, terima je. Sebab ape yang kita usaha tu yang kita dapat. Kalau usaha banyak, hasilnya mantop.


Pepatah arab:
man jadda wa jada, wa man zaroa hasoda
siapa bersungguh dia dapat, siapa menanam dia dapat hasilnya

Usaha itu tangga kejayaan,
kalau kita berusaha kita pasti berjaya,
Tapi,
lepas tu kena sertakan dengan tawakal,
sebab kita kena yakin pada Allah,
meletakkan segala pergantungan pada Allah,
Sesungguhnya,
Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Pernah sekali tu, lepas kuiz, rasa tension sangat. Tak dapat nak jawab kuiz tu. Lepas tu chat la dengan seorang sahabat ni. Berkongsi masalah dengan die.
Die kata,
rujuk la surah ke 47,ayat 31
allah mnguji hambaNya tuk mncri siapa yg benar2 berjihad dan siapa yg sabar
amantu billah (aku beriman kepada allah)
47:31. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.

Memang betul kata die tu. Allah nak uji kita, adakah kita beriman pada Allah. Dan sahabat tu pesan lagi:
kdgkala syaitan mmbisikkn sesuatu tuk lahirkn keraguan dalam diri kita
tp hakikatnya,kita telah yakin bahawa pulangan dr allah itu adlh adil
n rujuk surah ke-4,ayat 32
yakin trhdap pulngn dari ALLAH

4:32. Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Yang penting kita kena yakin dengan Allah. Allah Maha Mengetahui segalanya..
semoga dapat buat yang lebih baik untuk final pulak. chaiyok2.

pesanan untuk diri dan sahabat2

Saturday, 25 February 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, malam tadi setelah saya dan sahabat2 bertungkus-lumus memerah otak, kami berjaya menyiapkan risalah edisi ketiga. Walaupun belum cukup sempurna, tapi kami rasa lega. Pada mulanya kami merancang untuk menyiapkan pada minggu lepas tapi tak siap jugak. Kami buntu dengan idea. Lepas tu, kami berkumpul lagi untuk menyiapkan risalah. Dan sekali lagi, hasilnya kosong. Ya ALLAH, waktu tu memang saya rasa tension jugak la. Rasa nak mengeluh tapi segera ingat ALLAH semula. Ni baru masalah kecik. Belum masalah besar. Takpe lah, mungkin ada masa yang lagi sesuai. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah ALLAH. Then, malam tadi kami berkumpul lagi dan dapat menyiapkan risalah. Terima kasih Ya ALLAH kerana membantu kami.

Cuba kita fikir, kadang-kadang kita sebagai hamba ALLAH selalu je cepat mengeluh @ mengalah. Macam saya sendiri, selalu je cepat mengeluh dan tak sabar. Tapi, sebenarnya kita kena ingat bahawa ALLAH mengetahui segala-galanya. ALLAH uji kita sebab ALLAH tak nak kita terus hanyut dengan nikmatNya. ALLAH nak hambaNya sentiasa dalam ketaatan padaNya. Itu tandanya kasih sayang ALLAH pada kita.

Teringat pada satu pesanan dari kakak senior,
Dua nikmat yang manusia sering lupa:
nikmat waktu sihat
nikmat waktu lapang

Memang betul pun. Waktu sihat kita selalu lupa nak melakukan kebajikan. Sibuk nak tengok tv lah, Nak habiskan novel lah. Bila dah sakit barulah, "kenapa aku tak buat baik dulu". Itu pun ok lah sebab ada kesedaran. Kalau yang memang takde perasaan waktu sakit pun belum insaf lagi. Nauzubillah.

Azan dah berkumandang. Semoga lain kali saya lebih bersemangat untuk melalui kehidupan. Terima kasih sahabat2 yang memahami. terima kasih ALLAH

"Ya ALLAH, Kau jadikanlah Aku di kalangan hambaMu yang  sentiasa mengingatiMu di waktu senang dan susah. SesungguhNya engkau Maha Mengetahui segala-galanya."

Wassalam..

pesanan untuk diri dan rakan2.

Wednesday, 8 February 2012

semangat yang hilang

Assalamualaikum....


Hari ni kelas memang padat. Dari pukul 9-6. Tadi masa dalam kelas rasa macam tension sangat. Sebab dengan kerjanya tak siap lagi. Tapi nasib baik ALLAH tolong. Ye la, puas berdoa supaya semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, kerja pun boleh siap. 
Sebenarnya hari ni nak kongsi pasal ujian yang menimpa kita. Setiap manusia pasti ada ujian dalam hidupnya. Ade ke orang yang tak pernah rasa susah dalam hidupnya? Mesti setiap orang pernah rasa susah. Waktu kita ditimpa ujian tu macam2 kita rasa. Takde semangat la. Rasa macam tak nak hidup lagi la. Yang paling bahaya sekali bila kita rasa putus asa terhadap ALLAH. Minta dijauhkan.
Kadang2 kita fikir, kenapa kita ditimpakan ujian seberat ni? Kita rasa tak mampu. Tapi, sebenarnya kita kena ingat yang ALLAH tak kan lakukan sesuatu tu sia2. Pasti ada hikmah di sebaliknya. ALLAH tak kan timpakan sesuatu yang kita tak mampu. Cuma kalau kita tengok ada orang tu yang sampai bunuh diri sebab tak dapat nak hadapi ujian dalam hidupnya, kenapa jadi macam tu ye? 
Sebabnya, dia tak berusaha untuk menyelesaikan masalahnya. ALLAH tak kan mengubah nasib seseorang tu melainkan dengan usaha mereka sendiri. Kalau kita berusaha untuk menghadapi ujian, Insyaallah kita pasti tidak goyah semasa menghadapinya. ALLAH menguji kita untuk melihat samada  kita beriman @ tak. 
Jika kita sentiasa mengingati ALLAH dalam senang dan susah, sentiasa meminta pertolongan ALLAH, dan yakin dengan janji ALLAH, Insyaallah kita tergolong dalam kalangan yang beriman. Rasanye tu je perkongsian. Wassalam...


peringatan untuk sahabat2 dan diri ini